PENTADBIRAN SMKMDWelcomeMENU UTAMAPAUTAN | ![]() Tuesday 24 August 2010 SELAMAT DATANG KEPADA CIKGU MOHD. NOOR SAAD ![]() Bagi menggantikan posisi sebagai PK Kokurikulum di SMK Megat Dewa, pada 23 Ogos (Isnin), SMKMD menerima kunjungan dari SMK Permatang Bonglai yang mengiringi Cikgu Mohd. Noor bin Saad selaku PK Kokurikulum yang baru di sekolah ini. Sesungguhnya pihak sekolah sangat mengalu-alukan ketibaan Cikgu Mohd. Noor dan berharap kita sama-sama dapat meningkatkan prestasi kokurikulum SMKMD ke peringkat yang lebih baik. Tahniah dan Selamat Datang diucapkan. admin on Tuesday 24 August 2010 - 11:42:38 | Read/Post Comment: 0 TERIMA KASIH CIKGU IBRAHIM ![]() MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN CIKGU IBRAHIM BIN HAMID (MANTAN PK KOKURIKULUM) KE SMK JITRA Pada 22 Ogos 2010 (Ahad) telah berlangsung satu majlis untuk meraikan Cikgu Ibrahim Hamid (mantan PK Kokurikulum) yang bertukar ke SMK Jitra sebagai Penyelaras Petang. Majlis ringkas itu diserikan dengan ucapan penghargaan oleh Pengetua, wakil pelajar dan ucapan daripada Cikgu Ibrahim sendiri. Majlis diteruskan dengan upacara memberi hadiah penghargaan oleh wakil kelas, guru dan staf kepada Cikgu Ibrahim. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman bersama guru, pelajar dan staf SMKMD. Di sini pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Ibrahim sepanjang menjalankan tugas di sini. Semoga bertemu lagi. Selamat Bertugas di SMK Jitra. Tahniah diucapkan. admin on Tuesday 24 August 2010 - 11:29:42 | Read/Post Comment: 0 Thursday 12 August 2010 MAJLIS ANUGERAH BESTARI KALI KE 26 / 2010 ![]() Hari Anugerah Bestari 2010 Tarikh: 29 Julai 2010 Hari: Khamis Sempena meraikan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penggal pertama, SMK Megat Dewa telah mengadakan Hari Anugerah Bestari 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Badrunsham bin Dahalan @ Omar selaku Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis yang dihadiri oleh para waris yang meraikan anak-anak mereka yang berjaya memperoleh anugerah. Turut diserikan dengan kehadiran para pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM tahun 2009. Majlis diselang-seli dengan persembahan hiburan oleh para pelajar SMKMD. Majlis diakhiri dengan jamuan makan kepada tetamu. admin on Thursday 12 August 2010 - 14:02:00 | Read/Post Comment: 0 Go to page >> |
BERITA TERKINI / PENGUMUMANWAKTU BEROPERASIVISI DAN MISILOKASIMEMBILANG HARINews for 2010STATISTIK |